KUCING MIXMAINECOON bersikap mirip manusia. Sangat manja dan lemah lembut. Bersopan, tenang dan setia. Anda akan mempunyai teman rapat yang boleh menemani tidur anda, menghiburkan, menenangkan. Sangat baik untuk menghilangkan stress dan membantu proses penyembuhan pesakit dirumah.
KUCING MIXMAINECOON memilih antara kucing terbaik sahaja untuk dijadikan induk. Ini bagi mengekalkan ciri dominan Mainecoon. Rangka besar, bulu panjang dileher, berbulu seperti satin dan ekor seperti tupai. Anda akan dapat seperti ‘show quality’ dengan harga yang kami tawarkan, tetapi kualiti seperti import. Jimat banyak wang anda!
KUCING MIXMAINECOON mempunyai daya ketahanan cuaca tropika. Boleh sihat membesar tanpa aircond. Tiada masalah bulu luruh akibat cuaca. Bulu tetap gebu dan nyaman dipeluk. Anda pasti jatuh cinta padanya!
KUCING MIXMAINECOON adalah kucing yang berdikari. Amat mudah dalam penjagaan dan kurang diserang penyakit. Mudah! Hanya rujuk ebook yang dibekalkan secara percuma! Amat sesuai untuk anda yang sukakan kebersihan, gaya hidup moden dan sentiasa sibuk. Keputusan yang tepat dalam memilih binatang peliharaan bermula disini!
KUCING MIXMAINECOON adalah pembiakbaka persendirian tertutup. Terdaftar dengan Jabatan Veterinar. Urusniaga adalah telus. Tiada pengelibatan orang tengah. Ini bagi mengelakkan harga yang digandakan atau urusniaga yang meragukan. Urusniaga anda terjamin selamat!
KUCING MIXMAINECOON adalah pembiakbaka dari 2015 lagi. Segala pengalaman penjagaan dan tips telah dibukukan dalam Ebook RAHSIA KUCING BERBAKA LONGHAIR untuk NEWBIE A-Z. Anda amat beruntung jimat masa mengendali kucing selama 6 tahun. Tak perlu membazir masa belajar ‘try and error’ lagi untuk pengalaman.
Kucing Mixmainecoon mesti dihubungi melalui telefon di 6010-7071601 sebelum sebarang pembelian.
Semua harga untuk kucing mixmainecoon tidak termasuk penghantaran. Sebilangan harga boleh dirunding.
Untuk menempah anak Kucing Mixmainecoon, deposit 50% dari harga jualan tidak dapat dikembalikan diperlukan. Semua penjualan adalah muktamad. Tidak ada bayaran balik untuk pembelian haiwan hidup.
Kami mengambil deposit tempahan bagi anak kucing mixmainecoon yang baru lahir. Sila hubungi kami di +6010 7071 601 (whatapps) atau hantar e-mail kepada kami untuk maklumat lanjut untuk menempah kitten(reserved).
Terlepas Kucing Mixmainecoon Idaman?
Jangan bimbang, isi butiran anda disini. Kami akan update setiap kali Kucing Mixmainecoon yang tersedia!
Dasar Anak Kucing
Anak kucing anda akan diperiksa kesihatan dan disertakan dengan rekod kesihatan yang betul, divaksinasi dan cacing sesuai jadual. Kami akan melepaskan anak kucing setelah mereka berumur 3 bulan ke atas. Kami akan selalu ada untuk sebarang pertanyaan anda mengenai anak kucing kami. Bagi mereka yang memerlukan pengangkutan anak kucing(PETAXI), akan dikenakan caj penghantaran dengan kos tambahan kepada pemilik anak kucing yang baru.
Semua Kucing Mixmainecoon yang meninggalkan rumah kami adalah:
-Telah Divaksin
-Telah Dinyahcacing
-Telah Dinyahkutu
-Semua anak kucing tidak disunatkan (non spayed/non neutered)
-Disertakan Kad Kesihatan doktor haiwan
-Pakej Anak Kucing
*(termasuk makanan dan mainan percuma)
*EBook Percuma RAHSIA KUCING BERBAKA LONGHAIR untuk NEWBIE A-Z bernilai RM50
Dasar tempahan
Tempahan untuk anak kucing baru lahir akan dibuat berdasarkan urutan kedatangan pertama dari penerimaan deposit 50% yang tidak dapat dikembalikan. Sekiranya deposit tidak diterima, tidak ada jaminan untuk menerima anak kucing, harap ambil perhatian.
Sila hubungi kami di +6010-7071 601 (whatapps) atau hantar email kepada kami untuk maklumat lanjut menempah Kucing Mixmainecoon(reserve).
Saya bermula tanpa sengaja. Pada tahun 2015, suami saya bertugas di Kuala Lumpur dalam tempoh yang lama. Saya pula terpaksa tinggal bersama ibu yang telah uzur dan jauh dari suami. Sebagai penghibur dan mengisi masa lapang, suami telah menghadiahkan saya sepasang kucing mainecoon.
Saya amat gembira kerana sudah lama teringin punya kucing bulu panjang yang cantik macam orang lain ada. Selama ini memendam rasa sahaja harga kucing idaman mahal tetapi sedikit risau kerana saya juga tidak mempunyai pengalaman langsung cara menguruskan kucing. Ibu saya seorang yang anti kucing dan dalam keluarga kami langsung tidak pernah memelihara seekor kucing pun! Saya memang ‘ZERO’ tentang kucing. Dah la tak pernah bela kucing, dapat pula kucing berbaka, yang memerlukan penjagaan lebih dari kucing biasa. Saya memang berdepan dengan masalah.
Seperti yang dijangka, masalah demi masalah timbul. Kemuncaknya adalah salah satu kucing yang dihadiahkan suami 1 bulan lepas, mati akibat kurang arifnya saya tentang kucing sakit. Sejak itu saya kesal dan berusaha menambah info tentang penjagaan kucing dari internet, bertanya pengalaman rakan yang pelihara banyak kucing, Doktor Veterinar dan juga pet shop.
Tidak lama selepas itu kucing saya melahirkan 5 ekor anak pula. Gembira bukan kepalang saya dan anak-anak. Masa berlalu, saya berdepan masalah baru pula. Masalah itu timbul apabila kos penyelenggaran 6 ekor kucing berbaka bukanlah kecil. Ia adalah seperti belanja yang wajib dikeluarkan untuk bayi setiap bulan sedangkan saya sendiri punya anak kecil ketika itu.
Berbelah bagi antara perasaan sayangkan kucing dan bagaimana nak kurangkan kos penyelanggaraannya, maka saya ambil keputusan menjual sebahagian sahaja anak kucing saya dengan harga mampu kerana saya melalui pengalaman teringinkan kucing cantik tapi harga tidak dapat dicapai. Saya faham perasaannya.
Beberapa bulan selepas itu, pembeli awal kucing saya hubungi saya semula bertanyakan kucing yang lain yang ingin dijual. Atas perbualan itu menjadikan inspirasi dan pemangkin saya biakbakakan lagi kucing saya. Saya nak bantu capaikan hasrat ramai orang yang inginkan kucing mampumilik. Kali ini saya dapat sokongan penuh dari suami, anak dan ibu saya juga!